Ramai yang sangka pegawai polis tu boleh terlepas, sekali ini penejelasan dari peguam Nor Zabetha

Isu mengenai kejadian tragis yang menimpa pelajar tingkatan 5, adik Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Ia menjadi tumpuan kerana kerana pelaku yang menyebabkan pemergian itu adalah seorang pegawai kanan polis. Berikutan dengan kejadian itu, timbul dakwaan yang mengatakan bahawa pelaku pasti ‘terlepas’ kerana dia seorang anggota polis. Oleh sebab itu, peguam Nor Zabetha yang terbaca komen-komen sebegitu tampil menghuraikan beberapa perincian bahawa tiada sesiapa yang boleh melangkaui undang-undang termasuk polis.

Jelasnya, ahli keluarga mangsa boleh menuntut ganti rugi dan melakukan saman sivil. Bahkan sekiranya perbuatan itu dilakukan sewaktu menjalankan tugas, PDRM dan kerajaan Malaysia juga boleh disaman. Namun begitu, berkenaan dengan kes adik Zaharif ini, semasa kejadian, pelaku yang memandu kereta jenis Ativa itu menggunakan kenderaan persendirian dan bukan kenderaan polis. Jadi, ianya dilakukan di luar tugasan polis dan tindakan itu bukan dalam tugasan kerja. Oleh itu, dia tetap tidak boleh melangkaui undang-undang dan tindakan boleh dikenakan seandainya suspek bersalah. Apa yang ingin dirumuskannya adalah, sedangkan ketika dalam bertugas pun boleh diambil tindakan, inikan pula tindakan seorang anggota polis ketika di luar kerja sebagai orang biasa kerana mengikut perasaan marah.

Di samping itu, Nor Zabetha ada memberikan contoh kes yang berlaku melibatkan seorang pemuda pada tahun 2016. Korang boleh baca di bawah: Secara kesimpulannya, Nor Zabetha menasihati agar orang ramai sentiasa beri kerjasama jika hadapi situasi berhadapan dengan pihak polis dan tak perlu lari sehingga boleh mengancam nyawa. Bahkan sebelum ini, pihak polis sendiri telah memberikan kenyataan media bahawa kes adik Zaharif ini akan siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihaknya tidak akan melindungi anggota sendiri.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.