Aisar Khaled sekali lagi kena kritik dengan warganet sebab mungkir janji nak belanja 500 orang sarapan

Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled menerima kritikan daripada warganet susulan membatalkan niat selepas berjanji mahu membelanja makanan kepada pelanggan di sebuah kedai di Terengganu. Menerusi satu video, Aisar Khaled sebelum ini pernah memberitahu mahu memberi 500 orang pelanggan untuk menikmati sarapan secara percuma di sebuah restoran yang terletak di Terengganu. Dalam video tersebut, Aisar turut membayar sejumlah wang kepada seorang individu yang dipercayai merupakan pemilik kedai berkenaan.

“Pukul 9 pagi, saya akan berada di kedai ini. Kepada 500 orang sahaja, makanan termasuk roti canai, nasi lemak.  Mana orang-orang Terengganu, 500 orang yang terawal sahaja. Ini setahun sekali je saya buat.” Terbaharu, tular satu perkongsian status WhatsApp mendakwa Aisar meminta untuk menangguhkan niatnya itu kerana mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan. “Minta maaf belaka, esok tak jadi makan. Aisar Khaled suruh tangguh, sebab ada hal sikit.” Susulan daripada yang tular di aplikasi X, rata-rata mengecam Aisar Khaled dan mendakwa dia sering memungkiri janji malah ada yang mendakwa kebanyakan konten yang dibuat Aisar hanyalah bertujuan untuk meraih populariti semata-mata.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.