Aisyah Hijanah titipkan ucapan terima kasih pada Laudya Cynthia sebab berikan kata kata semangat

Perkongsian terbaharu di Instagram Story milik pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah mencuri tumpuan selepas dia memuat naik sekeping foto bersama pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella. Menerusi perkongsian tersebut, Aisyah berkongsi foto selfie mereka berdua yang dipercayai diambil di sebuah restoran. Dalam perkongsian sama, pempengaruh berusia 25 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada Laudya Cynthia kerana memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Syukran Kak Laudya Cynthia atas kata-kata semangatnya yang penuh hikmah. Bersyukur dapat mengenalimu dan setiap kata-kata itu membuatkan saya jelas tentang tujuan hidup.” Dalam masa sama, Aisyah turut medoakan kesejahteraan hidup aktres jelita itu. Difahamkan, Aisyah ketika ini berada di Indonesia atas urusan kerja. Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai pengakuan yang dibuat oleh suami kepada Aisyah iaitu pempengaruh Islamik, Alif Teega apabila dia mengumumkan sudah berkahwin dua.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.