Muat naik gambar baru lepas bersenam, ramai yang mula risau bila Aprena Manrose muat naik gambar pakai hoodie

Pelakon cantik, Aprena Manrose hanya pakai hoodie menerusi gambar yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini. Dalam kepsyen yang disertakan, Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, di perkongsian itu memberitahu bahawa dirinya baru selesai bersenam. Apa yang membuatkan warganet terkejut adalah penampilannya yang hanya menyarung hoodie berwarna merah jambu dan topi bagi menutup bahagian kepala. Penampilan tersebut pastinya menjadi bualan kerana sebelum ini pelakon berkenaan memang sudah berhijab namun berani menayang bahagian leherkan secara tiba-tiba.

Dalam muat naik di Insta Story juga memperlihatkan pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita ini turut berkongsi satu lagi menampakkan leher ketika sedang berswafoto di dalam kereta sewaktu tersekat di kesesakan jalan raya. Perkongsian Aprena telah mendapat perhatian ramai sehingga ada yang bertanya sama ada pelakon itu sudah menanggalkan tudung atau belum. Mereka juga berharap perkara tersebut tidak berlaku serta mendoakan agar segala urusan anak kepada penyanyi terkenal Iwan Dangdut itu dipermudahkan.

Terdahulu, Aprena Manrose dikhabarkan tampil berhijab penuh kira-kira dua tahun lalu. Walau bagaimanapun, dia menyatakan bukan senang untuk terus istiqamah kerana pelbagai ujian diterima. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.