Hadiahkan Bonda Rozita tasbih emas, tapi ayat Bonda Rozita tu buatkan Aliff Syukri takut

Baru-baru ini, ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-59 tahun. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman bersama isteri, Datin Nur Shahida membuat kejutan buat ibunya. Paling menarik, usahawan itu menghadiahkan ibunya tasbih emas yang ditempah khas selain sepasu bunga dan senaskah Al-Quran. Klik sini untuk lihat video.

“Semua barang Kri dah bagi dekat mak sampai tak tau nak kasi apa. Cuma satu yang mak belum pernah dapat daripada Syukri. Tasbih custom hadiah paling berharga yang Syukri pernah bagi. Semoga mak panjang umur, sihat selalu dan sentiasa gembira melalui hari-hari mendatang. Saya percaya percaya hadiah ini tidak ternilai dengan pengorbanan mak menjaga saya daripada kecil sampai lah sekarang. Minta maaf banyak-banyak kalau terkasar bahasa. Kosong-kosong ya. Semoga mak gembira.”

Bonda Rozita dilihat sangat teruja menerima hadiah-hadiah tersebut dan sempat menitipkan nasihat buat anak lelakinya itu. “Mak pun sama. Cuma mak minta satu, satu hari kalau mak pergi menghadap illahi tolong sambung bacakan Al-Quran ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat dua beranak itu dan memuji sikap Aliff yang menghargai ibunya. Dalam masa yang sama, mereka turut berasa sebak apabila mendengar pesanan Bonda Rozita.

“Selalu menyantuni dan membahagiakan ibu bapa, patutlah Datuk sekeluarga selalu murah rezeki. Pesanan bonda tu sebak pula..InsyaAllah semoga bonda dan Datuk sekeluarga sentiasa dalam rahmatNya. Walau diberi kemewahan, terucap di mulutnya mengingati hari kematian. Itu tandanya hati yang tunduk.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.