Selalu dituduh suka kaum sejenis, akhirnya Atiq Azman dedah gambar dengan teman wanita

SUDAH penat dituduh sebagai lelaki songsang, pelakon Atiq Azman akhirnya mendedahkan wajah teman wanitanya buat tatapan peminat. Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 23, mendedahkan dia sudah lama mengenali wanita asal Sarawak dikenali sebagai Sya yang juga merupakan peminatnya. Jelas Atiq, perkenalan mereka berlaku selepas Sya datang bertemu dengannya untuk mengambil gambar bersama dalam sebuah acara sebelum ini.

“Dia teman wanita saya dan kami sudah lama kenal… Sebenarnya dia pemiant saya. Kami pernah ambil gambar bersama sebelum ini dan perkenalan kami bermula dari situ,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. Atiq menjelaskan perkara itu selepas memuat naik foto bersama wanita berusia 21 tahun itu di dalam kereta. Menerusi foto berkenaan, Atiq dilihat sempat mencuit pipi Sya sambil gadis berkenaan bersandar di bahunya. Berkongsi lebih lanjut, Atiq berkata, dia sudah penat mendiamkan diri mengenai dakwaan warganet menuduhnya sebagai seorang homoseksual.

Pelakon itu berharap perkongsian itu dapat menutup mulut warganet daripada terus menuduhnya menjalinkan hubungan songsang dengan kaum sejenis. “Saya pernah beritahu sebelum ini tapi saya malas kongsi di media sosial tetapi mereka tak sudah-sudah menuduh saya seorang g*y. Apa yang saya kongsikan ini semua betul bukan sebab nak tutup mulut warganet. Saya dah malas nak berdiam diri lagi. Saya dan teman wanita ada saja keluar bersama tapi mungkin tak kecoh sebab tiada orang yang rakam,” kongsinya.

Mengulas mengenai perkongsian foto mesra mereka berdua, Atiq mengaku rasa bersalah selepas memuat naik gambar berkenaan memandangkan keluarga ada berpesan agar menjaga batas. “Sebenarnya saya pun tak patut kongsi gambar saya dengan Sya di media sosial sebab keluarga ada tegur jaga batas. Saya tahu gambar tindakan itu salah sebab tidak menjaga jarak namun berharap peminat yang sentiasa menyokong saya tidak terkejut,” katanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.