Bersyukur dengan keprihatinan rakyat Malaysia, kutipan tabung bantulah Fiza lebih dari RM40k

Tabung Bantulah Fiza yang dilancarkan oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bagi membantu wartawan hiburan yang meninggal dunia di Hospital Caring Call, London, Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, mencecah RM40,585.34. Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, sumbangan sudah disalurkan terus ke akaun suami allahyarham, Mohd Roshdi Ramli, 40, yang kini berada di sana. Tengku Khalidah bersyukur atas keprihatinan rakyat Malaysia, rakan media dan selebriti yang sama-sama menjayakan kutipan derma.

“Kami sangat bersyukur, hanya dalam masa 48 jam selepas dilancarkan, tabung Bantulah Fiza berjaya mencapai sasaran kutipan yang diperlukan bagi kos membawa pulang jenazah ke tanah air. Penderma adalah terdiri dalam kalangan rakan media, rakan-rakan artis dan orang ramai. Mereka ini bersama-sama memberi sumbangan sebagai tanda prihatin dan turut berdukacita atas pemergian arwah yang sebelum ini banyak memberi sumbangan kepada dunia penulisan seni dan hiburan tanah air.

Seluruh keluarga WHAM merakamkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan semua. Setelah sasaran mencukupi, tabung Bantulah Fiza yang dianjurkan oleh WHAM ditutup. Menurutnya, pihak keluarga masih menunggu dokumen kematian daripada pihak hospital bagi proses membawa pulang jenazah. “Suami arwah ada memaklumkan kepada saya mungkin pada Selasa atau Rabu depan, baru dokumen kmtian dikeluarkan. Memandangkan ketika ini ramai petugas sedang bercuti bagi sambutan Krismas, urusan mendapatkan dokumen kemtn akan mengambil sedikit masa.

Selepas dokumen kematian diperolehi, ia akan disusuli urusan dengan pihak syarikat pengurusan jenzh di sana, diikuti urusan dengan syarikat penerbangan bagi membawa jenzh ke Malaysia.” Dalam pada itu, kata Tengku Khalidah, kerjasama daripada pihak Kedutaan Malaysia di London dan sahabat media di sana menjadikan segala urusan Allahyarham dan keluarganya berjalan dengan baik. “Suami dan dua anak arwah yang kini masih berada di London juga mendapat bantuan daripada pelbagai pihak, termasuk Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan pengawai media beliau juga berjaya mendapatkan tajaan penginapan sementara untuk keluarga arwah di sana, sementara menanti penerbangan pulang ke tanah air yang dijangka hanya dapat dilakukan pada minggu depan.”

Sekadar info, Fiza adalah pengarang portal Boom Malaysia sebelum ini pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat media antaranya Sinar Harian, RTM dan portal Astro Gempak. Dia yang juga pengidap kanser payudara koma di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow beberapa jam sebelum penerbangan pulang ke Malaysia selepas percutian yang ditaja, bersama keluarga. Dia kemudian dimasukkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.30 malam (waktu Malaysia).

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.