Buat umrah tapi pakai eyelash Extension, Status sah ibadah umrah BCL buat ramai yang tertanya tanya

Penyanyi sensasi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menjadi perbualan hangat di media sosial selepas berkongsi beberapa keping foto ketika menjalani ibadah Umrah di Tanah Suci Kota Makkah bersama suami dan anaknya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, BCL memuat naik foto-foto berlatarbelakangkan Kaabah, namun rata-rata warganet tertumpu kepada matanya yang menggunakan bulu mata sambung (eyelash extension). “Alhamdulillah.. Umroh di malam terakhir di tahun 2023.. Thank you 2023, its been amazing.. Happy New Year,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warganet meluahkan rasa bimbang dan mempersoalkan sama ada ibadah Umrah BCL sah atau tidak kerana tidak membuang eyelash extension di matanya itu. Namun begitu, ada juga dalam kalangan warganet yang menzahirkan kata-kata doa kepada BCL agar menjaga aurat dan tidak lagi memakai baju ‘menjolok mata’ selepas pulang dari Makkah.


Berdasarkan pemerhatian, BCL tidak membalas persoalan ramai pengikutnya, namun meninjau di Instagram Story (IGs) pelantun lagu popular Cinta Sejati ini berkongsi video ketika dia dan keluarga mendengar penjelasan pelaksanaan Umrah. “Manasik Umroh (panduan Umrah). Ketika dijelaskan tatacara dan semua syaratnya.. Yang boleh dan tidak boleh. Thank you for the knowledge,” tulisnya ringkas. Dalam perkongsian terbaru, BCL memuat naik video dirinya berjaya menyentuh Kaabah, lantas tidak dapat menahan air matanya.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.