Kecik kecik dah belajar, ramai yang puji Aisyah Dhia Rana berjaya siang ikan

Anak kepada pasangan pelakon, Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sekali lagi dipuji daripada warganet selepas berjaya siang ikan. Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, Zain memuat naik video memaparkan Aaisyah sedang mempelajari cara-cara untuk menyiang ikan yang diajar oleh neneknya. Menurut Zain, dia mahu anak perempuannya yang berusia sembilan tahun itu mengetahui cara-cara untuk menyiang ikan supaya boleh mempraktikkan ilmu tersebut untuk masa depan. Klik sini untuk lihat video.

“Kita hari ini, video special, Aaisyah belajar macamana nak siang ikan. Mak Tok akan ajar dan kita lihat kalau Aaisyah dapat ke tak,” katanya. Dalam video berkenaan, Aaisyah memerhati dengan tekun apabila neneknya menunjukkan langkah demi langkah menyiang ikan dengan cara yang betul. Apabila selesai tutorial daripada nenek, Zain mengarahkan anaknya untuk menyiang baki selebihnya walaupuan Aaisyah jelas kelihatan geli. Namun begitu, kanak-kanak tersebut tetap menurut arahan bapanya dengan mula menyiang ikan perlahan-lahan sambil dibantu daripada nenek.

“Okay, Aaisyah buat dulu lepastu daddy buat pula,” ujar Zain Walaupun kelihatan bergelut melakukan tugasan itu, dia tetap menyahut cabaran berkenaan sehingga berjaya untuk menyiang ikan selar tersebut. Sementara itu, aktor terbabit juga tanpa segan silu mendedahkan bahawa ini merupakan kali pertama dia menyiang ikan dan mencuba untuk melakukan tugasan berkenaan. “Daddy pula try. Ni first time buat jugak ni,” kongsinya. Pada masa yang sama, Zain terus memuji anaknya yang sedang berusaha menyiang ikan sekali gus mendorong Aaisyah untuk menyiapkan tugasan.

“Yay, yay, Aaisyah dah pandai,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Aaisyah kerana mempelajari cara menyiang ikan pada usia kanak-kanak walaupun jelas kelihatan kurang selesa. Terdapat juga segelintir warganet memuji Zain atas cara didikannya terhadap Aaisyah kerana mengajar banyak kemahiran asas sejak dari kecil.

Terdahulu, Aaisyah sering meraih perhatian warganet dengan telatahnya yang agak nakal seperti pernah meminta ibunya yang popular dipanggil Che Ta bagi membelikan set penjagaan kulit mahal. Malah, keluarga itu juga pernah dipuji kerana mendidik Aaisyah untuk berbelanja dengan berhemah ketika membeli barangan mewah. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.