Ada yang pertikaikan bila ank fasih cakap English, sekali ini respon dari Datin Shahida

Bagi korang yang mengikuti media sosial Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida, korang pasti familiar dengan anak mereka, Qadejah yang sangat petah berkata-kata dalam mempromosi produk keluarganya. Bukan itu sahaja, Qadejah juga menarik perhatian ramai dengan penampilannya yang nampak matang dan sangat pandai bergaya. Nah korang tengoklah betapa petahnya dia dalam video terbaru yang dimuat naik Datin Shahida ini. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Datin Shahida, anaknya sudah boleh menggantikan tempatnya dalam mempromosikan produk selepas ini kerana ramai yang meminta untuk melihat Qadejah berbanding dirinya. Namun perkara ini hanyalah dilakukan ketika Qadeja free sahaja, tumpang pula sekarang dia sedang bercuti sekolah. “Mama nak berehat lah lepas ni. Bagi je la @qadejah_terlajaklaris buat video,pergi photoshoot semua. Orang dah taknak tengok mama dah promote barang. Semua nak tengok Qadejah. Bukan apa, Qadejah banyak buat video sekarang sebab tengah cuti sekolah kan. Nanti dah mula sekolah memang takde masa la nak minta dia tolong mama dia ni berniaga,” katanya.

Walau bagaimanapun, ada di kalangan warganet merasa tidak puas hati melihat gelagat Qadejah yang mempromosi produk lipstik keluaran Terlajak Laris itu dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Rata-rata memintanya menggunakan Bahasa Melayu kerana ada yang kurang faham dengan pertuturannya itu. Komen-komen berkenaan telah mendapat perhatian Datin Shahida sendiri yang kemudian tampil membuat penjelasan. Menurutnya, Qadejah tidak fasih berbahasa Melayu kerana dia menghidap disleksia. Oleh itu, dia lagi cekap dalam berbahasa Inggeris kerana ia lebih mudah difahami.

“Dia tak fasih Bahasa Melayu. Qadejah ada disleksia. Jadi dia lebih cekap berbahasa Inggeris kerana dia mudah faham. Maafkan kami, bukan kami tak ajar anak kami cakap Bahasa Melayu,” jelasnya. Apa-apapun, ramai yang suka dengan cara Qadejah mempromosi produk dan bagi admin tak ada salah pun nak cakap dalam bahasa Inggeris. Barulah international kan?. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.