Muat naik video pergi bercuti dekat Jepun, ramai yang suka tengok sifatt kasih sayang Jebat dalam video tu

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Sharnaaz Ahmad di Instagram (IG) menjadi perhatian warganet apabila memaparkan kegembiraan bercuti bersama bekas isteri, Noor Nabila dan Jebat Jayden serta kekasih hati, aktres Amelia Christie. Menerusi rakaman itu, Sharnaaz, Nabila, Amelia dan Jebat sedang bersiar-siar di Tokyo, Jepun. Pada mulanya, Jebat yang berjalan bersebelahan dengan Sharnaaz dilihat pergi ke arah Nabila lalu memeluk dan kemudian menuju ke Amelia pula. Klik sini untuk lihat video.

Melihat situasi itu, mereka bertiga gelak tawa dengan telatah ‘comel’ anak kecil yang kini berumur lima tahun. Di ruangan komen, rata-rata peminat sebak dan memuji sikap ‘parenting’ Sharnaaz dan Nabila yang mengutamakan kasih sayang terhadap anak biarpun mereka sudah berpisah. Selain itu, ada juga yang mencadangkan kepada ibu bapa yang berpisah untuk mencontohi sikap bertanggungjawab Sharnaaz dan Nabila. Bukan itu saja, warganet juga kagum dengan Amelia yang matang dan sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling.

Sementara itu, di Instagram Stories masing-masing, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 dan kakak kepada selebriti Neelofa juga berkongsi momen manis di negara matahari terbit. Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada Mac 2017, namun bercerai pada bulan Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 5.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.