Perkongsian video sambutan hari lahir suami pelakon, Datin Intan Najuwa iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman menjadi perhatian warganet di media sosial. Bukan kemeriahan majlis yang difokus sebaliknya netizen mempersoalkan kenapa suami Intan sering dilihat berpeluh. “Apasal (kenapa) lelaki dia selalu berpeluh? Menjawab pertanyaan individu yang dikenali sebagai Lana itu, aktres berumur 26 tahun mengakui suaminya kuat berpeluh. Klik sini untuk lihat video.
“Dia memang jenis cepat berpeluh dan ada ja orang jenis cepat berpeluh. Terutama bila di tempat panas.” Di samping itu, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid turut menyindir pertanyaan itu yang dianggap tidak cerdik. “Jangan tanya soalan macam orang tak sekolah. Penat nak jawab.” Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Asraf Azman yang juga seorang usahawan pada 18 Ogos lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.