Dalam proses perpisahan, Datuk Red tetap dengan pendirian nak mempertahankan rumahtangga

SUAMI kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Adnan Abu tetap mahu mempertahankan rumah tangga mereka meskipun kini sedang dalam proses perpisahan. Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie Muhammad Akmal Amzan yang memaklumkan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 42, masih menyayangi isterinya itu. “Anak guamnya saya masih lagi mahu mengekalkan hubungan suami isteri. Dia sayangkan isterinya. Dia mahu pertahankan rumah tangga. Tiada pihak yang mahu berpisah,” katanya kepada pemberita.

Akmal ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada Isnin bagi urusan lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) mewakili Datuk Red. Datuk Red melantik seorang rakan baik sebagai wakil JKP. Pasangan ini bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah untuk proses lantikan JKP yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Abdul Hadi Omar. Sementara itu, Akmal turut menegaskan anak guamnya juga tidak pernah berniat untuk melengahkan prosiding mahkamah yang berlangsung sebelum ini. “Mengikut undang-undang penyelesaian JKP dalam tempoh enam bulan. Pihak sana bantah sebab agak lama, namun mahkamah benarkan untuk tiga bulan.

Mahkamah hanya maklumkan jangan lengahkan masa,” jelasnya. Dalam prosiding yang berlangsung pada 4 Disember lalu, hakim menegur Datuk Red kerana masih belum melantik mana-mana wakil JKP dan dianggap sengaja melengah-lengahkan proses berkenaan. Sementara itu, peguam kepada Adira iaitu Nor Saidah Zakaria pula memberitahu pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya ada penyelesaian lebih awal sebelum tarikh berkenaan. “Setakat ini Adira tetap mahu teruskan perpisahan tetapi saya tidak boleh komen lebih.

Jika ada penyelesaian awal akan dimaklumkan kemudian,” katanya. Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 5 Mac tahun depan sebagai tarikh mengemukakan laporan JKP. Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan perpisahan terhadap suaminya iaitu Datuk Red pada 25 Oktober lalu atas alasan tiada lagi persefahaman. Permohonan tersebut adalah kali kedua dibuat terhadap suaminya selepas memfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019. Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.