Salah satu sisi yang jarang orang tengok, ramai yang terhibur bila tengok Neelofa muat naik video masak sup ayam

Selebriti dan juga usahawan, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila video masakannya bersama suami, PU Riz menjadi tular di TikTok. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan selebriti berusia 34 tahun itu sedang memasak sup ayam bersama suaminya di dapur. Apa yang lebih menjadi perhatian warganet adalah gelagat dan juga suara latar Neelofa yang memberitahu resepi untuk memasak sup. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi pemerhatian rata-rata warganet terhibur dengan video tersebut dan turut menyatakan ini adalah salah satu sisi Neelofa yang jarang mereka lihat. Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan bahawa mereka suka dengan sisi Neelofa yang tidak dapat dijangka seperti ini.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.