Lepas 5 tahun bergelar ibu tunggal, Syatilla Melvin gembira akhirnya kakak sulung bertemu jodoh

SELEPAS lima tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Syatilla Melvin berkongsi kegembiraan apabila melihat kakak sulungnya iaitu Syafiqa Melvin bernikah dengan pilihan hatinya, Azhar Othman. Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, berkata, sebagai seorang wanita dia memahami kesunyian dilalui kakaknya yang terpaksa hidup bersendiri tanpa insan bergelar suami. Malah, sepanjang tempoh itu juga Syatilla berkata dia sentiasa mendoakan supaya Syafiqa atau Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 34, mendapat pasangan yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup.

“Lima tahun dia hidup sebagai ibu tunggal, saya tahu apabila dia lihat adik-beradiknya yang lain ada pasangan sudah tentu sedikit sebanyak dia akan terasa sunyi. Bayangkan saya ini kalau suami tak ada seminggu pergi bekerja pun tak senang duduk, ini apa lagi Kak Long yang memang tiada siapa untuk bergantung. Bagi pihak adik-beradik, jauh di sudut hati kami doakan supaya dia mendapat pasangan yang tepat, insyaAllah boleh menjaga dan terima anak-anaknya,” katanya ketika dihubungi.

Walaupun perkenalan Syafiqa dan Azhar singkat, Syatilla percaya abang iparnya itu adalah individu yang tepat untuk menjaga kakak sulungnya itu. “Alhamdulillah walaupun perkenalan mereka hanya lapan bulan, saya nampak keikhlasan abang Azhar boleh terima anak-anak kakak, boleh hormat keluarga dan paling penting boleh masuk dengan keluarga kami yang ‘tak betul’ ini. InsyaAllah abang Azhar adalah lelaki yang terbaik untuk Kak Long dan anak-anak.

Abang ipar saya ini juga pernah berkahwin dan berpisah dengan isteri 10 tahun lalu… tetapi dia tidak mempunyai cahaya mata,” ujarnya. Dalam pada itu, isteri kepada Shaheizy Sam ini turut meletakkan harapan agar Azhar memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada kedua-dua anak tirinya yang sudah lama kehilangan bapa kandung mereka. “Saya cuma mengharapkan dia (abang ipar) dapat menjaga anak-anak saudara saya dengan baik dan menjadi abah (panggilan anak-anak) terbaik untuk mereka. Sewaktu kecil bapa kandung mereka sudah pergi menghadap illahi, jadi mereka tidak merasa kasih sayang seorang ayah.

InsyaAllah semoga abang Azhar dapat menjadi yang terbaik untuk anak-anak Kak Long dan menjaga kakak saya dengan baik juga.” Untuk info, Syafiqa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli politik Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 2012. Namun Zainal pergi menghadap illahi pada 2018 akibat knsr drh. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zayyan Sufi, 10, dan Zahara Sumayya, 8.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.