Tak nak panjangkan isu dengan bekas isteri, Fizi Ali nekad bawa isu anak ke mahkamah

ENGGAN memanjangkan isu dengan bekas isteri iaitu Shakilla Khoriri membabitkan urusan penjagaan anak, penyampai radio Fizi Ali nekad membawa perkara ini ke mahkamah. Menurut Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, dia tidak menemui jalan penyelesaian dan memilih menyerahkan kepada peguam berhubung tuntutan hak penjagaan anak mereka iaitu Ameena Sofia. “Saya sudah bawa kes ini untuk diselesaikan secara undang-undang dan kami akan berbincang di mahkamah saja nanti.

“Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk menyelesaikan kes ini,” ketika dihubungi. Dalam pada itu, Fizi mengakui nombor telefonnya telah disekat oleh Shakilla menyebabkan sukar untuk mereka berkomunikasi sehingga terpaksa menyerahkan segala urusan kepada peguam. Malah Fizi berkata dia terpaksa mendedahkan kemelut berhubung isu ini menerusi media sosial kerana sukar untuk berkomunikasi dengan bekas isterinya itu. “Ya memang dia block nombor telefon saya jadi saya berhubung dengannya melalui peguam tapi itulah tidak dapat sebarang maklum balas.

“Tujuan saya muat naik hantaran di media sosial ini juga kerana ingin mengingatkan dia untuk datang ke mahkamah untuk selesaikan masalah ini supaya tidak berlarutan. Saya dah cuba cara undang-undang untuk peguam saya berhubung dengannya tetapi tiada respon,” ujarnya. Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian. Kata Fizi, dia menunggu Ameena untuk tampil membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tiada.

Pada Jumaat lalu, penyampai radio berkenaan memuat naik hantaran di Instagram meluahkan rasa rindu terhadap anaknya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perpisahan pada Disember 2021. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.