Gunakan Ira Kazar sebagai model tudung, Aliff Syukri bengang bila warganet hanya memandang daripada sudut negatif

GERAM apabila dikritik kerana menggunakan artis atau individu viral dengan perkara negatif bagi tujuan pemasaran, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meminta warganet memandang daripada sudut positif. Kata Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, selama ini dia membayar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan zakat sehingga mencecah puluhan juta ringgit namun tiada pula yang memuji. “Inilah orang Melayu benda baik tak nak pandang, benda buruk sahaja pandang, saya bayar LHDN dan zakat puluh juta, ada orang pandang?

“Sebab itu saya nasihatkan jangan lihat perkara ini dari sisi negatif, kalau saya tak ambil artis atau individu buruk tu mereka tiada pekerjaan dan buat perkara bukan-bukan macam mana? Bukan saya suruh mereka selak kain, saya suruh jadi model… apa masalah warganet,” katanya. Nama Aliff menjadi bualan selepas mengambil Ira Kazar sebagai model sehingga ada pihak mencadangkan untuk memboikot barangan usahawan berkenaan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.