Aktres jelita Hannah Delisha mengakui setiap wanita yang berhijab ada pasang surut istiqamahnya agar terus berhijab. Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, dia akui itu adalah satu ujian buat mereka malah dirinya juga sering diingatkan agar terus istiqamah dengan pilihannya itu berhijab. “Saya rasa setiap wanita yang memilih untuk berhijab ada ketika istiqamah itu akan bergegar juga. Ia normal, dia adalah sebahagian daripada hidup.
“Itu adalah satu ujian buat wanita, jadi pada saya untuk kekal istiqamah itu saya selalu ingat bahawa mengapa saya memilih untuk berhijab pada mulanya. Saya tetapkan itu sebagai peringatan pada saya setiap kali saya rasa macam kurang sedikit rasa istiqamah itu,” katanya. Kongsi isteri kepada aktor, Imam Shah ini lagi, dia bersyukur suaminya itu sering mengingatkan dirinya agar terus istiqamah. “Secara jujurnya, apa yang penting adalah pergaulan, kawan-kawan kita sendiri. Ia sangat penting.
Kawan-kawan lah yang beri kita motivasi, rasa positif dalam diri. Saya rasa itu membantu dalam perjalanan untuk istiqamah seseorang. Kita perlukan insan-insan yang terus menyokong perjuangan kita. Saya juga bersyukur ada suami, dia selalu ingatkan saya mengenai perkara ini,” ujarnya. Ujar pelakon asal Singapura ini lagi, keikhlasan adalah menjadi perkara yang perlu ada dalam diri seseorang untuk terus kekal istiqamah. “Untuk berhijab ini, tiada siapa yang boleh paksa. Kalau rasa dipaksa, keikhlasan itu tidak datang dari hati.
“Diri kita sendiri akan merasai perkara itu kerana apa yang kita lakukan adalah kerana Allah. Jika itu yang kita niatkan, Insya-Allah ia akan kekal selamanya. Tapi seperti apa yang saya cakap, dunia ini penuh dengan ujian. Ia normal, kita manusia tak sempurna, ada masa jatuh dan bangun,” kongsinya. Terdahulu, Hannah mula mengenakan hijab pada penghujung tahun 2020.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.