Penyampai radio terkejut bila ada individu dedah lebih sanggup berpisah dengan isteri dan bersama dengan cinta pertama

Umum mengetahui, pelakon Hafidz Roshdi sah bergelar suami kepada Athira Yuhada pada Sabtu lalu. Malah, Hafidz mendedahkan Athira merupakan cinta pertamanya. Nampaknya, ada lelaki yang menjadikan perkahwinan pelakon itu sebagai inspirasi serta mengatakan dia bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Hafidz. Menerusi TikTok Era, penyampai radio Radin, Azad dan Hawa Rizwana tergamam apabila seorang pemanggil menceritakan tentang kisah cinta pertamanya. Klik sini untuk lihat video.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Jimmy mengatakan dia juga mempunyai kisah yang lebih kurang sama serta sokong dengan apa yang Hafidz lakukan. “Hafidz Roshdi tu kan, saya sangat sangat setuju dengan apa yang dia buat tu. Dia kahwin buat video untuk first love dia (Athira). Saya pun dalam situasi lebih kurang begini,” katanya. Menurut lelaki itu lagi, dia mengenali wanita itu sejak kecil namun apabila meningkat dewasa mereka ada kehidupan sendiri namun  tahu bahawa masing-masing merupakan cinta pertama.

Lebih mengejutkan lelaki itu mendedahkan dia menduakan isterinya yang sudah dikahwini selama setahun lebih. Diruangan komen, rata-rata warganet mengkritik tindakan lelaki itu serta bersimpati dengan isterinya. Malah, ramai mempersoalkan mengapa berkahwin dengan isteri jika belum move on daripada cinta pertama. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.