Untuk pastikan keselamatan terjamin, Ifa Raziah gunakan khidmat 4 atau 5 orang pengawal peribadi

Penyanyi Ifa Raziah memberitahu dia menggunakan khidmat empat hingga lima pengawal peribadi setiap kali menghadiri acara-acara besar. Menerusi laporan Harian Metro, Ifa berkata dia mengambil pengawal peribadi sejak 2019 bagi tujuan memastikan keselamatannya terjamin dari pagi sehinggalah malam. “Ketika penularan Covid-19 lalu, mereka menjaga agar ada penjarakan sosial antara saya dengan orang ramai. Lagi satu, kalau di acara, mereka juga akan uruskan dan susun atur ketika orang nak bergambar dan sebagainya. Saya melihat kepada keperluan.

Kalau perlukan lima orang, saya akan panggil lima orang. Selalunya, paling kurang pun empat orang. Saya guna khidmat pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan saya. Tapi, seperti yang saya jelaskan, ia mengikut kesesuaian situasi. Kalau setakat pergi ‘shooting’ (penggambaran), memang tak gunakan khidmat pengawal sebab ada pasukan saya termasuklah suami, jurusolek dan pembantu peribadi.”

Bercerita lebih lanjut, Ifa memberitahu pengawal tersebut akan memastikan bilik yang didiami dalam keadaan selamat di samping menjaga keselamatan makanan serta tetamu kehormat yang hadir ke acaranya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.