Muat naik video promosi kan video, tapi cincin pada jari manis Puteri Sarah pula jadi perhatian warganet

Penampilan terkini pelakon Puteri Sarah Liyana sering meraih tumpuan ramai di media sosial, apatah lagi dia kini tampak semakin bahagia selepas berpisah talak satu dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof. Terkini, menerusi perkongsian di Instagram aktres drama rantaian Suri Hati ini memuat naik sebuah video mempromosikan produk tudung bersama rakan niaga, aktor Indonesia Andi Arsyil. Klik sini untuk lihat video.

“Berbahagialah bukan hanya kerana segala sesuatunya baik, tetapi kerana kamu masih mampu melihat hal baik dari segala sesuatu yang ada,” tulisnya di kapsyen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tertumpu kepada cincin yang dipakai di jari manis Puteri Sarah, seolah-seolah menandakan dirinya sudah dilamar oleh seseorang. Malah, ramai dalam kalangan warganet mendakwa cincin berlian tersebut adalah pemberian daripada Andi sempena ulang Puteri Sarah pada 1 Disember lalu.

Bagaimanapun, Puteri Sarah tidak mengendahkan andaian warganet tersebut. Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Sarah kini sedang bercuti di Turkey bersama kedua-dua anaknya dan ibu bapa. Sebelum ini, tular video Puteri Sarah tidak dapat menahan perasaan akibat dikritik janda, dalam masa yang sama dia turut dipujuk oleh Andi. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.