Bertuah sebab dikurniakan rezeki untuk tunaikan umrah banyak kali, Puteri Sarah akui tanah suci tempat healing sambil beribadah

KERAP dilihat ke Tanah Suci Makkah untuk melakukan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan ia sebagai rezeki selain ia tempat terbaik bermuhasabah diri. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, umrah tidak terhad dilakukan oleh semuat umat Islam dan menganggap dia bertuah kerana dikurniakan rezeki ke sana. “Ramai tanya kenapa asyik pergi umrah? Berapa kali pergi umrah? Tak ada had pun. Ini rezeki saya.

“Tempat ini (Tanah Suci) adalah tempah saya healing sambil beribadah dan muhasabah diri sendiri,” katanya. Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Ia sebagai menjawab pertanyaan pengikutnya yang ingin tahu sebab aktres itu kerap ke Makkah sejak kebelakangan ini. Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu kunjungan ke Makkah kali ini tanpa ditemani sesiapa dan bersyukur semua urusan ibadah dipermudahkan.

Pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu turut berdoa di hadapan Kaabah bagi menunaikan hasrat yang dikirimkan peminat. Puteri Sarah juga memohon untuk dirinya sekali lagi dijemput ke tanah suci bagi menunaikan umrah dan haji pada masa akan datang. “Ya Allah panggilah hambaMu yang lemah, hina ini untuk kembali ke sini menunaikan umrah atau haji dengan takdir kekuasaanMu kerana aku yakin jika Engkau berhendak maka tidak ada satu pun yang boleh menghalangnya.

“Alhamdulillah doa-doa yang anda semua DM atau whatsApp saya sudah bacakan di depan Kaabah,” ujarnya.Pada Januari lalu, Puteri Sarah dan dua orang cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5, bersama-sama menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.