Syamimia teruk kena kritik dengan warganet, sekali ini pula nasihat dari Iqbal Zulkefli

Selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli memahami perasaan pempengaruh Syamimia yang sejak kebelakangan ini bertalu-talu menerima kritikan warganet. Kata Iqbal, Syamimia tidak seharusnya memberikan sebarang respon atau jawapan yang boleh mengundang lebih banyak kritikan. Menurutnya, tindakan itu seolah mencabar warganet. “Saya tengok Syamimia baik saja orangnya. Ramai sahaja artis atau pempengaruh tidak sebarkan berita Palestin. Warganet sebenarnya boleh faham beliau tidak bermaksud menyimpan patung untuk ada agenda lain melainkan beliau hanya minat tema Inggeris.

Cuma satu sahaja, cara Syamimia selalu pertahankan diri itu seolah mencabar warganet. Netizen ini sebenarnya lantang di komen sahaja, apabila berjumpa di luar mereka juga sumber kekuatan kita. Itu biasa jangan ambil serius sangat. Jangan berlawan dengan warganet kita tidak akan menang. Kita perlukan mereka.” Dalam masa sama, Iqbal meluahkan rasa bimbang seandainya kecaman yang dilemparkan kepada Syamimia akan mengakibatkan dia mengalami depresi. “Sebolehnya elak sebutkan ‘bila orang lain berjdi, minum ark, korang tutup sebelah mata’.

Saya kasihan pada Syamimia. Saya takut nanti awak jadi tertekan. Awak sangat kreatif, ada banyak bakat dan ada nilai komersial tersendiri. Kualiti, bakat dan followers di media sosial sahaja tidak cukup. Komunikasi atau permainan dengan warganet perlu ada skil lain. Saya menulis ini sebab mahu lihat awak terus maju dan diterima banyak tempat. Semoga terus berjaya.” Justeru, Iqbal menasihati Syamimia agar bijak menggunakan media sosial dan tidak terlalu menunjuk.

“Kesimpulannya, apabila kita bermain di media sosial, tidak kesemua kepandaian dan kebijakan kita boleh disalurkan di media sosial. Kadang-kadang, perlu disimpan dan diguna di tempat lain.” Terdahulu, Syamimia meluahkan rasa sedih apabila warganet terus mencari salahnya dan memberikan kritikan sedangkan dia tidak menggangu hidup orang lain. Sebelum ini, Syamimia dikritik apabila didakwa bersikap natural mengenai peperangan yang berlaku di Palestin.

Selain itu, dia juga dikritik kerana menjadikan patung dewa Yunani (patung David) sebagai perhiasan di rumahnya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.