Muat naik gambar Puteri Sarah dan keluarga, Datin Patimah luah rasa terkilan bila kehilangan besan yang baik

Ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa terkilan apabila kehilangan besan sebaik ibu bapa menantunya, Puteri Sarah. Menerusi perkongsian di Instagram, Datin Patimah turut memuat naik gambar menantunya, Puteri Sarah bersama kedua ibu bapanya yang kini sedang bercuti di Turki. “Amat terkilan kehilangan besan yang baik bagi kami dan mertua yang memahami bagi Sol,” tulisnya. Diruangan komen, rata-rata warganet mengatakan meskipun Syamsul dan Puteri Sarah sudah berpisah namun masih ada ikatan ibu bapa mentua dengan cucu-cucu. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, ada yang berharap hubungan ukhwah antara kedua keluarga itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat, malah ada yang mengatakan yang rugi adalah Syamsul kerana tu adalah pilihannya. Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Namun berpisah pada 14 Jun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.