Didakwa jual gula gula sebab tak terima tawaran kerja, ini pula penjelasan dari Achey

Pelawak Achey memberi penjelasan tentang dirinya didakwa menjual gula-gula Tiara Candy kerana sudah tidak lagi terima tawaran bekerja. Menerusi hantarannya di Instagram, dia percaya rezeki datang daripada Allah dan yang paling penting adalah usaha. Menurutnya, menjalankan perniagaan sama seperti naik dan turun sebuah kehidupan itu. “Hidup ni mudah. Allah dah sediakan semuanya tinggal kita je usaha. Tak rajin tak dapat. Meniaga bukan siapa lebih popular tapi meniaga ni anda kena nikmati perjalanannya. Graf naik graf turun kena rasa. Fasa ianya meletup orang semua bercakap dan akan kira pendapatan kita. Fasa ianya menurun tak semua nak ambil tahu. Klik sini untuk lihat video.

“Oleh kerana kita nikmati perniagaan itu, naik seronok turun pun seronok kerana situasi itu bukan direka tapi telah ditetapkan Allah. Rajin jangan putus asa. Teruskan apa yang kau suka yang penting halal,” ujarnya. Sementara itu, Achey menjelaskan perniagaan Tiara Candy itu adalah untuk mendidik anak perempuannnya, Nur Tiara Zinnirah sebagai salah satu kemahiran hidup pada masa akan datang. Lagi satu sesuai untuk mendidik anak aku. Kita tunjukkan depan dia sentiasa betapa susahnya untuk mendapatkan imbuhan demi keperluan kita.

“Pembelajaran anak tentang kehidupan adalah apa yang kita lakukan seharian supaya Tiara terdidik dengan cara. Kamu nak? Kamu usahakan. Bukan saja perniagaan, kehidupan, keinginan, pendidikan tapi dalam agama juga,” jelasnya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.