Ada yang cakap dia abaikan anak dan tak setia dengan bekas isteri, tak boleh berdiam ini respon Fizi Ali

Masih belum reda isu ‘berebut anak’ dan isu bersama bekas isteri, ada pihak yang cuba memfitnah penyampai radio, Fizi Ali dengan memberikan dakwaan yang Fizi anggap tak masuk akal. Menerusi Instagram Story miliknya, Fizi Ali dilihat ada menunjukkan dakwaan tersebut dan tampil memberikan respon. Dalam perkongsian itu, ada individu menemplak sikap Fizi Ali yang kini sudah berkahwin baru ini mahu berebut anak dengan bekas isteri. Malah dakwaan individu tersebut dilihat agak melampau apabila Fizi Ali dituduh tidak ambil berat tentang anak kandungnya semasa masih bersama bekas isteri, Shakilla Khoriri dan dikatakan terhegeh-hegeh berebut anak.

Lebih melampau, Fizi Ali dituduh tak setia oleh individu tersebut. Terpanggil dengan tohmahan itu, Fizi Ali tampil bagi respon buat individu tersebut. “Berat fitnah ni dik, awak tag saya maksudnya awak nak saya jawab, sebab masuk dekat dm saya ni.” Untuk rekod, Fizi Ali dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata dan berpisah selepas 3 tahun bersama. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.