Ekin Rahmat pernah viralkan sebab harga kedai makanan laut, terkini peniaga kedai makan akhirnya dikompaun RM1500

Peniaga makanan laut di Tepian Tebrau, di sini yang tular kerana mengenakan caj bayaran mahal kepada pelanggan telah dikenakan kompaun berjumlah RM1,5000. Menurut laporan Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kompaun tersebut dikenakan selepas pihaknya melengkapkan dua kertas siasatan terhadap peniaga terbabit. Jelas Fuziah, peniaga itu dikompaun kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan terdapat unsur pencatutan iaitu menjual pada harga tidak munasabah.

“Berkenaan isu peniaga makanan laut yang tular sebelum ini, KPDN Johor telah membuka dua kertas siasatan dan peniaga terbabit telah dikenakan kompaun iaitu RM500 kerana tidak meletakkan tanda harga dan RM1,000 kerana pencatutan. Perkara ini seharusnya dijadikan pengajaran buat kedua-dua pihak, peniaga perlu berniaga dengan telus manakala pengguna perlu tahu harga produk atau makanan yang dibeli mereka, pengguna ada hak untuk tahu sebelum beli,” katanya.

Tambah Fuziah, tindakan kompaun tersebut tidak bertujuan sebagai hukuman kepada peniaga sehingga menyebabkannya menutup perniagaan sebaliknya sebagai pengajaran kepada semua pihak. Oktober lalu, isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mendakwa harga yang dikenakan kedai Dol Mat Seafood di medan selera Tepian Tebrau, di sini terlampau mahal iaitu berjumlah RM1,260. Namun begitu, pemilik premis tersebut dalam satu video balas memberi penjelasan berhubung harga dikenakan dan memaklumkan harga itu adalah untuk hidangan dipesan seramai 20 orang.

Dia turut memperincikan setiap butiran hidangan yang dipesan Ekin sebagai justifikasi terhadap harga berkenaan. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.