Harap pihak lain tak masuk campur, Suzur Sofia luah rasa bengang bila hak sebagai ibu jadi isu yang dipertikaikan

Sebelum ini, bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia meluahkan rasa berang apabila haknya sebagai ibu kepada dua orang cahaya mata didakwa menjadi isu yang dipertikaikan. Terbaru, Sofia dilihat memberi teguran kepada beberapa pihak agar tidak masuk campur dalam urusan peribadinya. Menurut Sofia, tiada siapa pun yang dipercayai layak untuk masuk campur urusannya. Tambah Sofia, mereka yang mempunyai keluarga sendiri sepatutnya memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga masing-masing terlebih dahulu berbanding mengambil tahu dan masuk campur halnya.

Terdahulu, Sofia dipercayai mengambil anak perempuannya yang berusia dua tahun dengan cara yang baik. Ujar Sofia, hak mengenai penjagaan anak masih belum ditetapkan. Jelas Sofia lagi, dia mahu meluahkan banyak perkara di mahkamah nanti. Sofia turut berkata dia tidak akan berdiam diri sekiranya menerima gangguan daripada pihak yang tidak berkaitan. Malah, dia akan mengambil tindakan yang sepatutnya. Bagaimanapun, Sofia tidak mendedahkan hantaran tersebut ditujukan kepada siapa.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.