Muat naik video menyanyi lagu arab, Syada Amzah teruk kena kritik dengan warganet

Perkongsian video Syada Amzah nyanyi lagu Arab nampaknya kurang disenangi warganet di media sosial. Mana tidaknya, video yang dimuat naik ke media sosial menerima banyak komen negatif walaupun tidak semua memberikan kritikan. Video Syada menyanyi lagu berbahasa Arab telah mendapat komen yang kurang sedap dibaca apabila masing-masing merasakan ada yang tidak kena dengan penampilan penyanyi terbabit. Tangkapan layar komen yang dibuat warganet di video nyanyian pemilik nama sebenar Nursyuhada Amir Amzah telah dikongsikan semula satu akaun X dikenali sebagai IniAlalalannn di aplikasi tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Ada juga komen yang diperoleh dari perkongsian tersebut meminta agar adik kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah untuk tidak terlalu menunjukkan bakatnya ataupun cuba menceburi bidang lain selain bernyanyi. Namun begitu, penerimaan pendengar mungkin berbeza kerana ada sahaja yang memuji suara bekas peserta program Big Stage itu selain merasakan suaranya sesuai untuk lagu berbahasa Arab disamping dapat memperbaiki lagi lenggok lagu berkenaan.

Walau bagaimanapun, menerusi Insta Story Syada, dia dilihat tidak ambil pusing segala kritikan terhadapnya dan meminta agar orang ramai menggunakan media sosial masing-masing untuk menyebarkan solidariti kepada negara bergolak daripada sibuk berfikiran negatif terhadap dirinya. Terdahulu, kontroversi melibatkan keluarga selebriti berkenaan telah mendapat perhatian ramai apabila dia dan adik beradik yang lain saling berbalas kenyataan di media sosial atas isu-isu tertentu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.