Bangga dengan penampilan terkini adik, komen abang Mawar Rashid teruk kena kritik dengan warganet

Komen abang Mawar Rashid di ruangan Instagram selebriti itu dengan meluahkan rasa bangga melihat penampilan adiknya telah diselar warganet. Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah memuat naik gambar swafoto dengan mengenakan dress tidak berlengan sehingga mengundang pelbagai komen. Abangnya yang dikenali sebagai Arfan Rashid menulis komen seakan memuji selebriti itu namun telah dikecam netizen kerana beranggapan menyokong tindakan Mawar yang semakin ‘terbuka’ sejak menanggalkan tudung.

Komen tersebut telah ‘disrng’ warganet yang rata-rata menyelar tindakan Arfan dan terkejut kerana dia seakan membenarkan apa yang dilakukan Mawar dengan memilih berpakaian mendedahkan aurat. Mereka turut memberi ‘tazkirah’ kepada pemuda terbabit dengan mengatakan jika tidak mampu untuk memberi nasihat, lebih elok mengelakkan diri dari menyokong perkara yang terang-terang melnggr larangan agama.

Untuk rekod, Mawar Rashid telah tampil tidak lagi bertudung selepas memuat naik gambar swafoto dengan kapsyen seakan memberitahu sudah sedaya upaya mencuba namun gagal. Tidak lama selepas itu, berita perpisahannya dengan bekas suami Raff Yaakob telah menjadi perhatian memadangkan tidak pernah ada khabar kurang enak berkenaan rumah tangga mereka. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.