Ramai yang sangka Abg Tesla berhenti hisap vape sebab sebab isteri hamil, tapi ini pula respon dari tuan badan

PERSONALITI media sosial sensasi Abang Tesla membiarkan warganet terus berteka-teki susulan dia memberi bayangan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, berkata, sekiranya ada perkhabaran baik mengenai perkara itu dia pasti akan berkongsi dengan pengikutnya. “Saya tak mahu komen apa-apa. Saya memang saja nak tarik perhatian warganet buat spekulasi.

“Kalau tentang nazar itu saya memang tak mahu komen. Biarlah mereka buat spekulasi sendiri. Kalau ada berita baik nanti saya akan kongsi,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Sebelum ini, Abang Tesla memberitahu nekad berhenti menghisap rokok elektronik sebagai membayar nazar selepas hajatnya sudah tercapai. Bagaimanapun, influencer itu tidak memperincikan mengenai nazar yang dibuat namun ramai membuat spekulasi Abang Tesla bakal menimang cahaya mata.

“Alhamdulillah rezeki awal tahun dan saya kena tunaikan nazar saya. Nazar apa itu saya tidak mahu beritahu. Apa yang penting saya sudah bernazar tidak mahu hisap vape lagi bila saya dapat apa yang saya hajatkan itu,” jelasnya. Pada Ogos 2023, Abang Tesla menjadi bualan hangat warganet selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua. Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina. Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Khal mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.