Akhirnya terjawab teka teki warganet, Shila Amzah umum kini sedang hamil anak kedua

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ memaklumkan isterinya iaitu penyanyi Shila Amzah kini berbadan dua. Ubai berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran video di Instagram. Kata Ubai dan Shila, mereka mempunyai sebab menyembunyikan berita kehamilan itu buat sementara waktu. “2024 kami buka dengan satu perkhabaran (berita hamil). Ada sebab kenapa kami baru bagitahu sekarang, untuk pastikan kandungan smooth (betul-betul kuat). Terima kasih yang terus mendoakan kami, semoga kandungan ini selamat dan dipermudahkan segalanya.” Klik sini untuk lihat video.

Dalam hantaran sama, mereka turut berkongsi reaksi beberapa rakan mereka selepas mendapat tahu penyanyi berusia 34 tahun itu hamil. Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut. Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu. Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun disahkan berpisah pada Februari 2022. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.