Pelawak Achey mengakui dia berasa terkilan dan tersinggung dengan kata-kata orang terdekat yang bercakap soal zuriat. Menurut Achey, kejadian itu lebih mengguris hati apabila dilemparkan terhadap anak angkatnya, Tiara Zinnirah yang sedang membesar. “Kata-kata seperti mandul dan sebagainya sudah biasa. Apabila ada yang menuduh saya adalah punca dan bermasalah sehingga belum dikurniakan cahaya mata lagi walaupun sudah lama berumah tangga. Lebih membuatkan saya marah apabila kata-kata itu dilemparkan terhadap Tiara. Lantas orang rumah saya (isteri) bangun dan menenangkan saya ketika insiden berlaku.
Memang kata-kata itu ibarat sudah perkara biasa, namun apabila datang daripada orang terdekat dan juga keluarga sendiri, memang boleh menimbulkan amarah.” Berbicara lebih lanjut, Achey menganggap situasi yang dihadapinya pada masa ini adalah ujian dari Allah dan hanya orang tertentu saja yang diberikan ujian sedemikian. Tambah Achey, dia dan isteri tidak pernah putus asa dan mencuba apa saja rawatan mahupun petua untuk mendapatkan zuriat.
Terdahulu, Achey dan isterinya telah mengambil Tiara sebagai anak angkat pada 2018. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.