Ada yang tanya pasal bekas suami, ini pula jawapan tenang dari Shila Amzah

Nurshahila binti Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah merupakan penyanyi pop tempatan yang sudah menempa nama dalam industri muzik sejak awal tahun 2000. Pelantun lagu Patah Seribu itu sudah mempunyai seorang anak, Seth Uwais hasil perkahwinan terdahulu dengan Haris Idraki Elias sebelum berpisah pada tahun 2022. Shila kini sudah pun berkahwin dengan pempengaruh media sosial Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Ubai. Hari ini, Shila berkongsi di laman Instagram miliknya di mana anaknya yang kini sudah berusia 5 tahun itu mula masuk sekolah tadika dan hari ini merupakan hari pertamanya. Klik sini untuk lihat video.

“First day of school for Seth, the normal mak mak feelingssszz, sedih tapi sha happy sangat dengan milestone dia. Dia terlalu excited sampai berlari eh masuk sekolah tadi, mama dan papa yang sedih, tapi ini lah processnya,” tulisnya. Di ruangan komen, terdapat seorang warganet yang bertanya adakah bekas suaminya menjenguk Seth selepas mereka berpisah namun Shila dengan tenang menjawab dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk Seth.

Selain itu, Shila turut berkongsi dia sangat bangga dengan perkembangan anaknya itu yang difahamkan mempunyai masalah lewat komunikasi (speech delay). Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.