Rezeki orang baik, Achey tak dapat tahan air mata bila dapat hadiah Ford Ranger

Pelawak, Achey tidak dapat menahan air mata apabila menerima hadiah kereta jenama Ford Ranger sebagai tanda penghargaan daripada peniaga, Choi. Menerusi perkongsian di Instagram, tujuan Choi memberikan kereta tersebut kepada Achey adalah kerana selebriti itu banyak membantu mempromosikan produk baju jersey sehingga dia mampu mencapai target tinggi. “Akaun saya pernah kena shadowbanned. Saya minta Abang Achey untuk buat content banyak-banyak, promosikan produk saya. Klik sini untuk lihat video.

“Saya cakap pada Abang Achey, kalau saya capai satu nilai tu, saya janji akan berikan abang Ford Ranger. Jadi saya kotakan janji cari ini. Ketika itu saya janjikan Ford Ranger yang biasa saja, tapi kali ini saya buktikan lebih dari jangkaan abang. Hari ini memang saya nak buat abang menangis,” ujar Choi dalar video tersebut. Achey yang tidak menahan sebak lantas memeluk isterinya, Anna, dan mencium puteri tersayang, Tiara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat kejayaan Achey yang dikatakan tidak pernah berkira. Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang berkata meskipun Achey dan isteri belum mempunyai rezeki untuk mendapat zuriat, namun Allah SWT membuka cabang rezeki lain untuk keluarga bahagia ini. “Dia sumbangkan van jenazah, hari ini dia data Ford..Rezeki luas sedekah dengan ikhlas,” tulis warganet. “Mungkin lambat rezeki zuriat, tapi berkat kasih sayang pada Tiara, Allah buka cabang rezeki lain datang dulu,” tulis individu lain. Rakan selebriti, Shuib turut mengucapkan tahniah kepada Achey di ruangan komen.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.