Minta Anju cermin diri sendiri, tak sangka Fathia Latif bakal ambil tindakan ini pada Zarina Anjoulie

PELAKON Fathia Latiff tidak berdiam diri dan melancarkan ‘prng’ terhadap bekas rakan baiknya iaitu Zarina Anjoulie susulan aktres itu memburukkannya di media sosial. Tampil menerusi beberapa video di media sosia miliknya, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, mendoakan kehancuran aktres berkenaan selain menghina rupa parasnya sebagai hodoh. Malah dakwa Fathia, Zarina pernah cuba mendekati bekas kekasihnya demi kepentingan peribadi. “Aku nak tanya kau, apa jadi dengan kau? Aku okay saja sekarang ini. Aku tengah bertenang. Kau adalah orang paling hodoh pernah aku jumpa dalam hidup aku. Aku tak menipu dan berpura-pura.

“Kau baru balik umrah tapi perangai tidak elok, aku doa dekat kau supaya hidup kau hancur. Kau memang tidak ada kelas. Kau nak dengan semua orang, dengan bekas kekasih aku pun kau nak cuba. Kau nak apa sebenarnya? Kenapa kau cemburu dengan aku? Sebab aku lagi lawa dari kau?,” katanya. Fathia turut menyifatkan Zarina sebagai seorang yang berhati busuk malah meminta dia mencermin diri sendiri sebelum mengata dirinya. “Kau mempunyai hati yang sangat busuk. Sebelum kau bercakap tentang orang lain, lihat diri kau dulu. Pergi dapatkan semula selendang kau kerana awak baru pulang dari umrah.

Tutup kepala kau daripada bercakap benda bodoh mengenai orang yang pernah kau panggil kawan. Kau seorang yang tikm belakang, sila malu dengan diri kau,” katanya. Tidak hanya itu, Fathia turut menuntut Zarina memulangkan beg tangan mewah yang pernah diambilnya sebelum ini. “Kau cerita dekat orang yang aku ini jahat, busuk hati. Yang kau sembunyikan beg aku. Bila kau nak bagi beg Gucci aku? Bagi balik beg aku sebelum hidup kau jahanam lepas ini. Aku doakan hidup kau jahanam. Sementara itu, Fathia yang kini berada di luar negara memberitahu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Zarina sejurus tiba ke Malaysia.

“Kau jauh lebih tua dan matang dari aku dan aku akan jumpa kau di mahkamah sebaik aku pulang dari luar negara. Sebelum ini Zarina mendedahkan dia pernah mengalami nasib sama seperti Zahirah MacWilson dan mendakwa aktres itu tidak pernah berubah memandangkan mereka pernah berkawan baik sebelum ini. Nama Fathia kembali menjadi sebutan ramai selepas dia menyamakan wajah Zahirah sama seperti bibik atau pembantu rumah dan mendakwa aktres itu pernah menjalani operasi plastik di bahagian bibir.

Tidak hanya Zahirah, suaminya iaitu Aiman Hakim Ridza turut terkena tempias mendakwa aktor itu tidak mempunyai wang dan bersyukur tidak berkahwin dengannya sebelum ini. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.