Ramai peniaga yang terkesan sebab barang jualan tak laku, Kieda Crepe luah rasa sedih perniagaan dia pun slow

Adat berniaga ada pasang surutnya. Lebih-lebih lagi di saat ekonomi yang tidak dapat dijangka, ramai peniaga yang terkesan kerana barang jualan tidak laku dan menyebabkan kerugian. Situasi yang sama berlaku kepada seorang peniaga dessert, Kieda Crepe yang mengadu di Facebook tentang bisnesnya agak slow. Rupanya ramai peniaga makanan lain turut terkesan dan menghadapi kesukaran yang sama. Di ruangan komen, ada beberapa peniaga berkata kedai mereka terpaksa ditutup hujung tahun lepas disebabkan kurang pelanggan. Ada juga warganet berkata, mereka kurang berbelanja kerana mula menyimpan wang untuk hari raya yang bakal tiba tak lama lagi.

Susulan hantaran di Facebook itu, Kieda Crepe memuat naik satu video di TikTok miliknya dan memberi nasihat kepada peniaga makanan terutamanya mereka yang membuka gerai-gerai di tepi jalan. “Rupa-rupanya lepas Kieda update, ramai peniaga yang bagi tahu benda sama.. Kieda kami meniaga air tepi jalan. Sebelum ni 4-5 balang habis. Hari ni sebalang pun tak habis.” Menurut Kieda, di fasa orang ramai sedang mengurangkan perbelanjaan, para peniaga makanan perlu membuat inisiatif lain supaya bisnes masih lagi berjalan.

“Kepada peniaga, kita kena kurangkan kuantiti dan jaga kualiti. Benda makan ni, kalau kata sedap, orang akan cari walau orang tak ada duit.” Kieda juga mendoakan agar para peniaga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan untuk berniaga. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.