Ada pula yang cakap Usop tak bekerja dan bergantung pada isteri, sekali ini pula respon dari isteri Usop

Tak ada angin tak ada ribut, riba-tiba muncul dakwaan penyanyi, Usop tidak bekerja dan hanya bergantung kepada isteri. Menerusi video yang dimuat naik oleh isterinya, Nur Fatihah Md Hashim di TikTok, seorang individu tinggalkan komen dengan mempersoalkan tentang pekerjaan Usop.” Setahu aku Usop mana ada ‘job’, harap bini je.” Tidak berdiam diri, Fatihah kemudian menyelar dakwaan individu berkenaan dan menegaskan bahawa Usop adalah seorang suami bertanggungjawab serta tidak pernah mengabaikan nafkah. Klik sini untuk lihat video.

“Tak baik kata macam tu. Saya ni tak kerja, duduk rumah jaga anak je. Tak ada benda nak komen tak payah komen. Mulut tu jaga, dah la ada gambar profile..orang boleh kata balik. Jangan kata macam tu, suami saya lah yang sara saya dan anak.” Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet turut mengecam kenyataan individu tersebut kerana tuduhan terbabit boleh menjadi ftnh. Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati Fatihah supaya mengabaikan dakwaan yang tidak benar itu.

“Setahu saya Usop ni ‘job’ tak pernah putus, menyanyi sana sini.” Usop ‘job’ berlambak-lambak, lepas show sana show sini. Nampak sangat dia tak tengok Usop. Usop antara peserta dari program Mentor yang masih menyerlah.” Allahuakbar, janganlah fitnah macam tu. Sabar banyak. Alhamdulillah Usop dapat isteri yang baik.” Sabar banyak-banyak, ini ujian. Kadang-kadang dia orang dengki.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.