Demi nak dengar Malaysia menang, peminat kurang upaya sanggup datang ke Doha

Ketidakupayaan seorang lelaki yang berstatus OKU ini tidak menjadi penghalang untuknya terbang ke Doha, Qatar demi memberi sokongan buat pasukan Harimau Malaya dalam saingan Piala Asia 2023. Dalam satu perkongsian di TikTok rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dapat dilihat penyokong bernama Muhammad Ridzwan Erman Effendi, 27, yang cacat penglihatan itu bersama abangnya telah disambut oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. Menurut video itu juga, dua beradik yang berasal dari Batu Gajah, Perak ini membawa setinggi harapan agar pasukan negara kita dapat bermain dengan cemerlang dan mara ke pusingan seterusnya dalam merebut piala tersebut. Klik sini untuk lihat video.

“Terima kasih Datuk, biasa dengar suara Datuk dekat televisyen je, ini dengar dekat sebelah telinga ya. Kalau orang lain, niat mereka datang sini nak ‘tengok’ Malaysia menang, tapi saya datang sini nak ‘dengar’ Malaysia menang sebab saya tak boleh lihat.“InsyaAllah boleh ya,” kata Ridzwan. Ridzwan yang juga anak bongsu daripada tujuh adik beradik itu juga bertuah kerana dapat bertemu dengan pengendali pasukan negara, Kim Pan Gon dan beberapa lagi bintang bola sepak Harimau Malaya.

“Terima kasih datang sejauh ini untuk menyokong, kami semua akan berjuang untuk kamu dan akan cuba yang terbaik untuk banggakan kamu,” kata Kim Pan Gon yang terharu dengan kehadiran Ridzwan. Dalam pada itu, Ridzwan juga berharap dia dapat mendengar ngauman ‘Siu’ ketika perlawanan di stadium kelak yang merupakan sambutan ikonik pemain Faisal Halim apabila menjaringkan gol. Rata-rata warganet di ruangan komen berasa terharu dengan sokongan yang diberikan Ridzwan dan berharap pasukan negara dapat memberikan yang terbaik ketika perlawanan tidak lama lagi.

Harimau Malaya dijadualkan bakal menentang pasukan Bahrain pada Sabtu ini dalam aksi kedua pasukan E selepas dikalahkan 4-0 dengan Jordan pada perlawanan pembukaan Piala Asia 2023 pada Selasa lepas. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.