Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana akui tidak selesa apabila namanya dipetik dan didakwa bakal bernikah dengan rakan perniagaan, Andi Arsyil. Menurut laporan Harian Metro, tindakan seorang individu memetik huruf PSL yang mewakili namanya selain mengatakan dia bakal berkahwin boleh menimbulkan fitnah. “Saya sendiri pun tak tahu (mengenai perkahwinan). Saya tak suka bila ada orang yang keluarkan kenyataan sebegitu kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Kami hanya rakan dalam perniagaan produk penjagaan kulit. Saya tak suka orang memandai-mandai cakap begitu sebab saya sendiri pun terkejut.
Untuk seseorang yang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, saya rasa tak sedaplah sebab benda ini akan mendatangkan fitnah. Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba ada orang tu memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu,” katanya. Pelakon berusia 38 tahun itu berkata, dia dan Andi bersiaran langsung di platform media sosial TikTok hanya untuk menjual produk mereka. “Saya buat siaran langsung pun, sebab saya jual barang di TikTok. Tapi, itu bukan alasan untuk kamu nak buat lawak dan keluarkan kenyataan mengatakan saya nak kahwinlah atau apa,” ujarnya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan sekarang bukan masa sesuai untuk mencari jodoh atau kembali mendirikan rumah tangga. “Bukan sekarang. Belum masanya lagi. Sekarang, saya nak fokus kepada anak-anak dan perniagaan. Insya-Allah akan mulakan penggambaran semula pada akhir bulan ini. Sekarang, alhamdulillah selepas selesai penggambaran beberapa drama dan teater, memang saya 100 peratus tumpukan kepada perniagaan,” kongsinya.
Terdahulu, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri seolah-olah memberi bayangan bahawa Puteri Sarah bakal berkahwin Shuhada membuat kenyataan tersebut menerusi satu komen pada hantaran pempengaruh media sosial, Farah Lee yang baru bernikah. “Tahniah. Maksudnya tinggal Shu je ke ni single selama-lamanya? Lepas ni dah PSL,” tulisnya pada ruangan komen. Rata-rata warganet meluahkan rasa teruja sekali gus beranggapan bahawa Puteri Sarah akan menamatkan status ibu tunggal tidak lama lagi.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.