Pelakon Shakilla Khoriri akui kasihan kepada anaknya, Ameena Sofia yang menjadi mngs keadaan dan terkena tempias susulan konflik yang melanda dirinya dengan bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali. Menerusi coretan panjang lebar di Instagram, Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata, dia menyedari kesilapannya itu telah menyebabkan kehidupan anaknya tidak sama seperti kanak-kanak lain.
“Annaku sayang, terima kasih kerana hadir dalam hidup umi (panggil Shakilla) saat umi memang tunggu awak datang. Awak datang dan membawa seribu rahmat dan kebaikan dalam hidup umi. Tapi kesilapan dan kesalahan umi yang buatkan awak tergelincir dalam perjalanan awak. Kehidupan awak serta merta berubah. Tak lagi sama macam kawan-kawan sebaya awak. Awak terpaksa menjadi dewasa sebelum sampai waktunya. Awak terpaksa melalui jalan lain yang disebelah awak ada umi yang pastinya suatu perjalanan yang kurang menyeronokkan untuk awak.”
Dalam hantaran sama, aktres berusia 34 tahun itu berkata dia berjanji akan sentiasa bersama Ameena walau apa jua dugaan dan halangan yang mendatang. Malah, Shakilla sanggup berkorban atau kehilangan apa sahaja untuk memastikan yang terbaik buat anak tercinta. “Sebab itu, awak sentiasa nombor satu dalam segala hal yang umi rancangkan. Awak sentiasa dalam apa jua kejadian. Tanpa ragu-ragu umi akan pilih awak walaupun umi terpaksa berkorban atau kehilangan. Tempat awak tak pernah jatuh, tak pernah goyah dalam hati dan hidup umi. Kalau ada ‘penyerang hendap’ yang memburu awak, umi akan akan ada depan awak.
Biar segala kesakitan, kesedihan atau kesusahan umi yang rasa bukan awak. Awak tak layak untuk rasa semua tu tapi awak layak mendapatkan lebih dari yang sepatutnya. Satu hari awak akan faham perjalanan yang kita tempuh ni bagaimana dan kenapa. Mungkin hari ni awak terjatuh dan berfikir awak tak mampu lagi sebaris dengan kawan-kawan awak untuk berlari dalam laluan yang sama. Tapi umi janji, umi akan bentangkan sebuah padang yang besar dan cantik untuk awak berlari seorang. Bermain dan berlarilah sepuasnya bila tiba masanya.” Di akhir coretannya, Shakilla berkata dia akan terus mempertahankan maruah mereka.
Kita lalui ini lebih kurang 5 tahun dah dan kita akan terus berjalan.
Pegang tangan umi kuat-kuat sebab adakala umi akan tarik tangan awak kasar sebab umi tak mungkin akan lepas tangan Ameena walaupun macam mana sekali pun. Kita sama-sama cari perjalanan dan laluan yang baik dan paling cantik untuk kita nikmati dan bermain. Bagi umi masa, umi janji. Allah anugerahkan awak sebaik-baiknya untuk umi, seorang pendosa. Tak mungkin umi akan rampas kebahagian awak. Umi hanya melindungi dan pertahankan hak dan maruah anak Umi.”
Polemik yang melanda Shakilla dan Fizi terus berlarutan hingga ke hari ini. Malah, mereka sering berbalas luahan hati masing-masing dalam media sosial. Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018, namun berpisah pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup mereka, dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun. Kemudiannya, Fizi mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.