Teruk kena kritik dengan warganet pasal babak dalam bilik air, Shukri Yahya tampil buat permohonan maaf

PELAKON Shukri Yahaya tampil memohon maaf selepas babak berunsurkan seksual lakonannya bersama Alya Iman menerusi drama Layang-Layang Perkahwinan mendapat kritikan hebat peminat. Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Shukri, 36, sebaliknya mengambil tanggungjawab atas kesilapan tersebut. Berjanji ia tidak akan berulang, Shukri menjelaskan babak tersebut dirakam pada hari pertama penggambaran tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.

“Saya minta maaf sebab apa yang terjadi itu datangnya daripada kesilapan saya sendiri. Babak itu sebenarnya berlangsung pada hari pertama saya mulakan penggambaran dan saya sangat teruja untuk buat babak itu tanpa memikirkan sensitiviti rakyat. Ia takkan berulang kembali,” katanya. Shukri menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui pada siang media drama Layang-Layang Perkahwinan yang diadakan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Isnin.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Shukri berkata tampil berani dalam menjayakan babal tersebut kerana ingin membawa kelainan dalam watak. Namun tidak manyangka perkara tersebut tidak diterima oleh peminatnya meskipun ia hanya lakonan. “Saya nak cuba nampak lain sebab sebelum ini saya selalu bawa watak lelaki ‘bdh-bdh’, jadi saya nak buktikan diri. Tetapi percubaan saya itu tidak diterima orang ramai kerana ia agak sensitif. Sekali lagi saya minta maaf,” jelasnya. Dalam pada itu, Shukri memberitahu sikapnya yang tidak suka membaca skrip membuatkan dia tidak membayangkan babak sebenar.

“Saya terus terang bahawa saya tak suka baca skrip dan sejenis yang bila berada di set penggambaran baru buat interpretasi berdasarkan skrip. Pada awalnya, saya bayangkan babak itu sedikit. Lagi pun itu hari pertama penggbaran dan saya terlampau bersungguh-sungguh untuk jayakan watak,” ujarnya. Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan adegan Shukri yang sedang mandi sebelum didatangi Alya yang masuk ke dalam bilik air. Shukri yang tidak mengenakan baju kemudiannya bertindak menarik tangan Alya dan aktres tersebut memberikan senyuman.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.