Minta Fizi Ali henti claim isu larikan anak, ini luahan dari Shakilla Khoriri

Susulan enggan mengulas lanjut isu hadanah yang difailkan oleh bekas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini, pelakon dan pengacara sensasi, Shakilla Khoriri akhirnya tampil membuat kenyataan panjang lebar berhubung isu kontroversi tersebut. Katanya, dia tegas dengan pendirian untuk tidak menjawab atau mempamerkan sebarang bukti diatas setiap keputusan yang diambil, memandangkan ia melibatkan anak tunggalnya, Ameena Sofia.

Malah, dia tidak menafikan hak Ameena sebagai seorang anak untuk mendapat perhatian dan kasih sayang daripada kedua belah pihak, sekaligus menolak dakwaan kononnya selama ini dia mahu memutuskan hubungan silaturrahim antara anaknya itu dan  bekas suaminya. “Assalamualaikum. Cukuplah provokasi dan spekulasi tentang kisah kami. Cerita kami bukanlah ‘hidangan’ atau platform untuk kalian keruhkan lagi keadaan. Saya menghormati KERJA kalian untuk menulis tapi menulis lah baik-baik. Saya tak mampu untuk halang kalian menulis tapi berjaga-jagalah dengan setiap penulisan kalian. Kerana KITA semua manusia. HEBAT jika antara kita tak lakukan kesalahan atau kesilapan.

Saya tak perlu jawab apatah lagi pamer bukti atas setiap keputusan yang saya buat untuk ANAK saya. Anak saya lebih penting buat masa sekarang tetapi saya tak menafikan hak Ameena untuk mendapat perhatian dan kasih sayang from both side. Apa lagi untuk memutuskan silaturahim antara anak dan bapa. NEVER CROSSED MY MIND,” katanya. Sementara itu, Shakilla menjelaskan, selama ini dia berusaha semampu yang boleh untuk menyatukan keluarga kecil mereka, namun pelbagai jemputan telah ditolak oleh Fizi sendiri sehinggalah dia merasakan maruahnya dipijak apabila sering dilabel tidak ‘move on’.

“All this while saya bersusah payah untuk menyatukan kami bertiga sebagai Ibu dan ayah kepada Ameena. Berkali-kali jemputan yang berkaitan dengan Ameena ditolak kerana tidak mahu ada masa BERTIGA. Setiap kali saya yang dulu rendahkan diri demi Ameena. Usaha demi usaha sampailah saya rasa maruah saya dipijak malah dituduh tidak MOVE ON sebab sering kali mencari. Kisah saya dan dia sudah berakhir dan saya pun dah lama redha dengan semua tu,” jelasnya. Mengulas lanjut, Shakilla meminta agar segala dakwaan dan provokasi yang dilemparkan terhadapnya dihentikan segera memandangkan dia sudah cukup penat.

“Cukuplah dengan kenyataan saya tak bagi jumpa anak. Cukuplah dengan provokasi dan media sosial. Cukuplah dengan cerita peribadi. Saya PENAT. Beri saya ruang untuk merangka satu perjalanan yang terbaik untuk anak kesayangan kami. Berlapang dadalah dengan apa yang terjadi. Tugas saya berat sebagai seorang ibu kandungnya,” ulasnya lagi. Justeru, menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi, Shakilla kelihatan menitipkan pesanan buat bekas suaminya itu seolah-olah mahu perkara ini ditamatkan segera.

“Daddy Ameena, rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa untuk berjumpa dengan anak awak. Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian dari hidup Ameena. Kami sentiasa tunggu video call dan text awak untuk berjumpa. Awak tak MENCARI Ameena so stop cakap saya larikan anak awak. STOP IT ! Please comunicate dengan saya secara baik dan tenang. We can do this Daddy Ameena,” ujanya. Terdahulu, Shakilla memilih untuk mengunci mulut daripada memberikan apa-apa komen yang bersangkut-paut terhadap isu panas yang berlaku.

Manakala, Fizi gagal menahan sebak apabila meluahkan rasa rindu setelah dua bulan tidak bertemu anaknya, Ameena. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.