Suami sibuk dengan komitmen kerja, Uqasha Senrose akui terpaksa berdikari sepanjang tempoh hamil

MEMANDANGKAN suaminya iaitu Kamal Adli sibuk dengan komitmen kerja, pelakon Uqasha Senrose berkata dia terpaksa berdikari menguruskan diri sepanjang tempoh kehamilan. Meskipun bimbang keadaan dirinya, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata Kamal tiada pilihan kerana terikat dengan penggambaran drama di luar kawasan. Justeru itu, aktres berkenaan dijaga oleh ahli keluarganya termasuk ibu dan kakak yang sentiasa menemaninya di rumah. “Sepanjang tempoh kehamilan ini, Kamal juga terbabit dengan penggambaran di luar daerah dan pada masa sama, saya juga terbabit dengan penggambaran drama Jangan Lupa Janji.

“Sebagai suami, Kamal memang berasa risau dengan keadaan saya yang sedang mengandung dan meminta mama dan kakak untuk menemani tetapi kami juga berhubung setiap hari… Ada juga kakak saya datang menemani di rumah bila dia kelapangan,” katanya. Uqasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis resepsi Amylea Azizan dan Ash yang diadakan di Bizmilla Wedding Hall, Subang pada malam Sabtu. Dalam pada itu, Uqasha masih lagi tidak mahu mendedahkan jantina bayi dalam kandungam disebabkan pernah mengalami keguguran sebelum ini.

Kata Uqasha, dia dan Kamal hanya akan memaklumkan jantina bayi mereka dalam sebuah majlis doa khas dan doa selamat selepas bersalin. “Saya dan Kamal juga sepakat tidak mahu mengetahui jantina bayi sehingga tempoh melahirkan kelak. “Kami juga akan umumkan jantina bayi dalam satu majlis khas dan doa selamat nanti,” ujarnya. Berkongsi perasaan hamil anak pertama, pelakon filem Sumpahan Jerunei ini memberitahu dia berasa gementar menantikan detik kelahiran. Tambah Uqasha, sejak hamil rezekinya mencurah-curah dan menerima pelbagai tawaran untuk menjadi duta produk bayi.

“Saya bersyukur kerana tiada sebarang alahan sepanjang tempoh mengandung tetapi saya gementar untuk melahirkan anak kerana tiada pengalaman sebelum ini. Kalau boleh saya juga mahu bersalin secara normal nanti. “Selepas selesai tempoh berpantang, saya akan kembali bekerja dan fokus pada bisnes. Saya juga baru dapat tawaran untuk menjadi duta produk bayi,” kataya. Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.