Teruk kena kritik dengan warganet sebab bagi telefon dekat bayi, sekali ini pula respon dari Madammu

Usahawan terkenal, Madammu tampil memberi penjelasan selepas dia dikecam kerana memberikan telefon bimbit kepada anaknya yang masih kecil. Menurut Madammu, orang ramai tidak boleh memkl rata dengan mengatakan telefon bimbit memberikan pengaruh buruk, sebaliknya berpendapat peralatan gajet itu mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. “Jangan cakap macam itu, handphone ini memang ada buruknya dan ada baiknya, tapi tak boleh pkl rata. Banyak sahaja skrip yang memberi pendidikan kepada anak-anak. Klik sini untuk lihat video.

Kita duduk dalam zaman 2024, ada benda yang kita boleh, orang kata mana ada budak jenis yang tak nampak handphone itu tak teruja. Kita ini pun nampak handphone pun teruja. Dia bukan nampak apa, tapi nampak lampu dekat handphone.” Madammu berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok sebelum dirakam dan dimuat naik semula di platform sama. Dalam pada itu, Madammu memberitahu anak-anaknya banyak memperlajari bahasa Inggeris melalui kandungan dalam telefon bimbit.

“Saya faham, tapi tak boleh pukul rata kata anak-anak yang banyak main handphone ini banyak masalah. Alhamdulillah, memang betul handphone dia ada baik dan buruk, tapi anak-anak saya banyak belajar bahasa Inggeris melalui handphone. Cuma kena pandai kawal, ada budak-budak zaman sekarang yang masalah itu mungkin tak dikawal.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.