Aedy Ashraf bersyukur sebab setakat ni hubungan tak pernah diganggu, rupanya ini sebb utama dia tertarik dengan Amelia Henderson

Pelakon Aedy Ashraf tampil berkongsi asbab utama dia tertarik dengan aktres jelita Amelia Henderson. Menurut Aedy, selain mempunyai kecantikan luaran, Amelia turut memiliki peribadi yang baik serta mampu membuatnya berasa tenang dan selamat. “Dia (Amelia) sentiasa buat saya rasa selamat dan tenang. Dari sudut cantik, sudah pasti dia memang seorang yang sangat cantik. Tetapi kecantikan itu pada akhirnya akan berubah apabila sudah tua.

“Namun sifat baik yang ada pada seseorang itu akan kekal. Apa yang buat dia nampak kuat adalah personaliti dan peribadi yang baik ada pada Amelia. Semua orang harus fikir fasal perkara sama, kecantikan luar memang tidak akan kekal. Kecantikan dalaman yang penting,” katanya. Memetik laporan,  Aedy turut meluahkan rasa syukur kerana setakat ini hubungan mereka tidak pernah diganggu oleh mana-mana pihak. “Buat masa ini tiada pihak yang cuba menganggu hubungan kami ini. Kerana kami berdua meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

“Bukan saya sahaja kepercayaan antara kekasih, tetapi kepercayaan sebagai sahabat.” jelasnya. Meskipun kerap diajukan soalan yang sama, Aedy mengakui dia tidak pernah berasa rimas untuk menjelaskan hubungannya bersama Amelia. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.