Boleh pergi jalan jalan, terkini kerajaan umumkan tol percuma selama 2 hari sempena Tahun Baharu Cina

PENGGUNA┬ájalan raya bakal menikmati kemudahan tol percuma selama dua hari pada Khamis dan Jumaat. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, tol percuma untuk semua kenderaan persendirian itu dibuat bagi meraikan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang menyambut Tahun Baharu Cina. “Pemberian tol percuma ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Ia akan dilaksanakan di semua lebuh raya yang bermula pada pukul 12.01 tengah malam, 8 Februari dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam, Jumaat, di mana implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu. Jelasnya, kemudahan tol percuma itu meliputi semua kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.