Banyak komposer yang nak buatkan, akhirnya Dato Aliff Syukri tampil bersuara pasal Amy Ukays

[VIDEO] ‘Kau Cemburu Suara Aku Sedap, Berlambak Komposer Nak Buat’ – Aliff Syukri Bidas Amy Ukays

Banyak komposer yang nak buatkan, akhirnya Dato Aliff Syukri tampil bersuara pasal Amy Ukays

Sebelum ini, komposer Amy Ukays berkata dia enggan bekerjasama dengan usahawan kontroversi dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri bagi menghasilkan lagu sempena Aidilfitri. Terbaharu, menerusi hantaran di TikTok, Aliff berkata dia tidak kisah sekiranya Amy enggan menciptakan lagu untuknya kerana percaya ada ramai komposer lain yang mahu bekerjasama dengannya. Malah, Aliff mendakwa Amy bertindak sedemikian kerana berasa cemburu dengan bakat yang dimiliki. Klik sini untuk lihat video.

“Kau tak nak buat lagu aku, satu komposer pergi, sejuta yang datang. Berlambak komposer dekat Malaysia yang nak buat lagu untuk aku. Tak payah nak kecoh-kecoh. Aku telefon tanya offer, kalau kau nak buat alhamdulillah, kau tak nak buat tak payah nak kecoh. Aku tahu kau sebenarnya cemburu sebab suara aku ni sedap. Ramai komposer dekat luar yang nak buat lagu untuk aku.” Tambah bapa kepada enam cahaya mata itu, dia akan membuktikan kepada Amy lagu Aidilifitri nyanyiannya akan menjadi ‘trending’.

“Saya akan buktikan dekat awak, saya tidak ambil awak sebagai komposer pun lagu saya akan trending.” Dalam video sama, turut kelihatan anak keempat Aliff iaitu Yusoff Al Qardawi yang menegaskan bapanya adalah penyanyi ‘nombor satu’ negara. “Abah saya artis nombor satu, jangan main-main.” Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook Ukays, Amy menegaskan, keputusan itu dibuat kerana dia tidak suka sikap lupa diri yang ada pada Aliff. Susulan itu, Amy memilih untuk bekerjasama dengan usahawan dan artis lain serta fokus kepada lagu Aidilfitri Ukays Reborn sendiri.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.