Sebab lupa diri dan asal usul, Amy Ukays tak nak buat lagu raya untuk Aliff Syukri

Komposer Amy Ukays memuat naik hantaran menyatakan ada beberapa individu yang menghubunginya untuk menghasilkan lagu Raya. Namun, Amy menegaskan bahawa dia enggan bekerjasama dengan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri kerana mendakwa Aliff bersikap lupa diri. “Iqbal hubungi Amy untuk minta buatkan lagu Raya untuk beliau tahun ini. Datuk Aliff juga ada whatsapp I minta buat lagu Raya tapi Amy menolak sebab dia lupa diri dan asal usul, Amy tak suka untuk bekerjasama,” katanya.

Malah, Amy juga memberitahu untuk tahun ini dia akan memberi fokus dalam membuat lagu Raya untuk beberapa individu lain. “Maka, tahun ini Amy fokus buat lagu Raya untuk Iqbal, Dato Vida, Baby Shima, Dato Ifa Raziah dan lagu baru Raya Ukays Reborn bertajuk Di Sana Raya Di Sini Raya… DAS (Datuk Aliff Syukri) selamat tinggal buat selamanya,” tulis Amy lagi. Pada hantaran lain pula, Amy mengatakan dia reda jika diserang Aliff di media sosial gara-gara menolak permintaan usahawan tersebut. “Amy bakal akan disrng di media sosial gara-gara menolak permintaan seorang yang bergelar jutawan yang berpengaruh, Amy redha,” ujarnya.

Sebelum ini, Aliff pernah tampil dengan beberapa lagu Raya berjudul Kelepok Raya dan Chu Ku Chuk Raya namun kedua-dua lagu tersebut menerima kritikan daripada warganet. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.