Teruk kena kritik dengan warganet dalam live, sekali Talita tampil pertahankan Watie Hanifiah

ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah sering menjadi sasaran warganet yang sentiasa kurang senang melihat kebahagian dia bersama anak-anak tirinya. Bukan sahaja dalam ruangan komen di sosial media, malah ada berani menyerang Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, ketika mengadakan sesi live di platform berkenaan. Tampil mempertahankan ibu tirinya, anak kedua Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra, 10, meminta warganet yang memberi kritikan agar tidak masuk ke dalam sesi siaran langsung Watie di TikTok.

“Jaga mulut, jangan buat semak. Keluar semua! Saya ini baran tau. Mummy (Watie) tak buat apa-apa,” tegas Talita. Dia memberi komen spontan tersebut ketika bersama Watie dalam satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini. Ketika sesi berkenaan, Watie sekali lagi berkongsi detik pertemuaan dia dengan Shuib sebelum mereka mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu. Bagaimanapun ada pula segelintir yang tinggalkan komen-komen tidak baik terhadap Watie sehingga menyebabkan Talita sendiri merasa kurang senang dengan kritikan tersebut.

Tidak sedikit pun melenting, Watie malah terhibur dengan reaksi spontan yang diberikan oleh Talita ketika itu. “Saya ada back up,” ujarnya ringkas. Talita merupakan anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Selain Talita, Shuib juga mempunyai tiga orang cahaya mata lain iitu Uwais Alqarni, 12, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.